Fungsi Pengurusan ada 4
1.Perancangan atau Planning
2.Pengorganisasian atau organizing
3.Kepimpinan atau leadership
4.Pengawalan atau controling
1.Perancangan atau Planning
- Fungsi pertama dalam pengurusan untuk menetapkan matlamat yang perlu dicapai dalam sesebuah organisasi.Menetapkan strategi untuk mencapai matlamat organisasi tersebut.Melibatkan tiga peringkat pengurusan,peringkat pertengahan dan peringkat bawahan.
2.Pengorganisasian atau organizing
- Fungsi kedua dalam pengurusan yang melibatkan proses penyusunan tugas dan pembahagian sumber.Pengurusan akan membentuk struktur organisasi yang lengkap.Pengorganisasian perlu dilakukan secara sistematik agar matlamat dapat dicapai.
3.Kepimpinan atau leadership
- Fungsi ketiga dalam pengurusan,dalam tahap ini pengurus harus memastikan segala tugas dapat dilaksanakan dengan baik.Aktiviti ini melibatkan memberikan tunjuk ajar,memberi motivasi dan memberi bantuan kemudahan.
4.Pengawalan atau controling
- Fungsi Keempat dimana aktiviti memantau pencapaian dengan memastikan aktiviti yang dirancang dilaksanakan dan berjalan lancar.Pengurusan perlu mengambil tindakan sewajarnya kepada pekerja yang tidak melakukan kerja secara efektif agar sesebuah organisasi dapat mencapai matlamat
No comments:
Post a Comment