Monday, 26 November 2012

Konsep keberkesanan dan Kecekapan

Apa itu konsep Keberkesanan dan Kecekapan?

Keberkesanan atau Effectiveness


  • Keberkesanan ialah kejayaan mencapai matlamat yang ditetapkan.


Kecekapan atau Efficienc


  • Kecekapan ialah maksimumkan hasil sesuatu keluaran tanpa pembaziran

Fungsi Pengurusan

Fungsi Pengurusan ada 4

1.Perancangan atau Planning


  • Fungsi pertama dalam pengurusan untuk menetapkan matlamat yang perlu dicapai dalam sesebuah organisasi.Menetapkan strategi untuk mencapai matlamat organisasi tersebut.Melibatkan tiga peringkat pengurusan,peringkat pertengahan dan peringkat bawahan.


2.Pengorganisasian atau organizing

  • Fungsi kedua dalam pengurusan yang melibatkan proses penyusunan tugas dan pembahagian sumber.Pengurusan akan membentuk struktur organisasi yang lengkap.Pengorganisasian perlu dilakukan secara sistematik agar matlamat dapat dicapai.


3.Kepimpinan atau leadership


  • Fungsi ketiga dalam pengurusan,dalam tahap ini pengurus harus memastikan segala tugas dapat dilaksanakan dengan baik.Aktiviti ini melibatkan memberikan tunjuk ajar,memberi motivasi dan memberi bantuan kemudahan.


4.Pengawalan atau controling


  • Fungsi Keempat dimana aktiviti memantau pencapaian dengan memastikan aktiviti yang dirancang dilaksanakan dan berjalan lancar.Pengurusan perlu mengambil tindakan sewajarnya kepada pekerja yang tidak melakukan kerja secara efektif  agar sesebuah organisasi dapat mencapai matlamat



Kepentingan Pengurusan

Kenapa pentingnya Pengurusan?



  • Menyelarsakan sumber agar dapat diagihkan dan digunakan secara cekap dan berkesan
  • Dapat menggunakan sumber secara berkesan sekaligus membolehkan sesebuah organisasi mencapai matlamat 
  • Membantu Pengurusan sesebuah organisasi yang baik dan  dapat membantu organisasi tersebut mencapai matlamat
  • Pengurusan juga dapat mengurangkan pembaziran sesebuah organisasi dengan menjimatkan kos aktiviti


Apa itu Pengurusan

Apa itu Pengurusan?


  • Proses perancangan,penyusunan,pengarahan dan pengawalan usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi untuk mencapai matlamat organisasi.


Sumber lain..


  • Proses merancang dan memelihara persekitaran.
  • Proses mencapai matlamat organisasi melalui penggunaan tenaga kerja dan sumber-sumber organisasi

My way (Kefahaman saya)


  • Senang cakap pengurusana adalah satu proses yang dibuat untuk mencapai matlamat sesebuah organisasi.

Sekadar berkongsi ilmu sahaja


*Sila buat rujukan yang betul*






Sukatan pembelajaran Pengajian Perniagaan Penggal 2

Sukatan pembelajaran ini penting dalam membantu saya belajar Pengajian Perniagaan, biasalah  otak sayakan enjin nya agak lambat hehe jadi belajar dengan merujuk Sukatan ini banyak membantu saya.

Boleh rujuk dilaman web ini ===>>>Klik disini bukan disana

Harap dapat membantu...